Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Siti Nor Baya Mat Yacob
ISBN: 9789674409968
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 60.00
Jumlah Muka Surat: 221 m/s.
Buku ini membincangkan pelbagai isu berkaitan masyarakat, tamadun dan agama.
Secara naratifnya, perbincangan buku ini dimulakan dengan teori perkembangan masyarakat dan tamadun, diikuti dengan perbincangan yang menyentuh isu-isu kemasyarakatan di Malaysia, kemudiannya membicarakan tentang sinkretisme agama daripada pelbagai pandangan tidak kira sarjana Islam mahupun sarjana Barat.
Terdapat sembilan makalah yang dimuatkan dalam buku ini. Kesemua isu yang dibincangkan dalam buku ini merupakan satu rangkuman perspektif dalam memerihalkan masyarakat, tamadun dan agama yang dilihat dari pelbagai disiplin ilmu.
Malah makalah ini turut diwarnai dengan isu berkaitan inovasi dalam produk dan perkhidmatan, kualiti sekolah awam di Malaysia serta usaha dakwah yang dilakukan oleh orang Arab di kepulauan Melayu.
Sudah pasti hal ini sangat menarik untuk diterokai dan mampu membangkitkan minat pembaca untuk meneliti dengan lebih mendalam tentang isu-isu yang diketengahkan.
TERAS ILMU DALAM MEMAHAMI MASYARAKAT, TAMADUN DAN AGAMA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674409968
- Kewujudan: 10
-
RM69.00
Tags: Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Siti Nor Baya Mat Yacob, 2022, PPT, FEM, FPBU, FKP

.pdf%20-%20All%20Documents-250x300.png)


.pdf%20-%20All%20Documents-250x300.png)