• PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah / 
Also available for purchase at the link below: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Abd Halim Mohd Hussin, Mohd Muzaffar Shah Mohd Razali

ISBN: 9789675408083

Tahun Terbitan: 2010

Harga: RM 25.00

Jumlah Muka Surat: 71 m/s.

Pencegahan dalam penyalahgunaan dadah merupakan salah satu strategi Dasar Dadah Negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara bebas dadah menjelang 2015.

Pencegahan juga merupakan satu-satunya harapan yang dapat merealisasikan usaha-usaha pengurangan permintaan dengan menyediakan komuniti yang mempunyai kefahaman tentang bahaya dadah.

Pendidikan pencegahan dalam penyalahgunaan dadah merupakan komponen pembangunan modal insan yang dapat membina sebuah komuniti yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menangani isu-isu penyalahgunaan dadah. 

Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti pencegahan dalam penyalahgunaan dadah perlulah dilaksanakan berasaskan prinsip-prinsip pencegahan yang boleh menjadi panduan kepada keberkesanan perlaksanaannya. 

Buku panduan pencegahan penyalahgunaan dadah ini merupakan salah satu usaha dalam mendidik masyarakat bagi melaksanakan program pencegahan dalam penyalahgunaan dadah berdasarkan pembuktian (evidence-based programs).

Usaha-usaha pencegahan juga akan menjadi lebih efektif  dengan adanya kolaborasi dan kerjasama erat yang bersepadu dalam kalangan ahli masyarakat, agensi awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan.


PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

  • RM25.00


Tags: Abd Halim Mohd Hussin, Mohd Muzaffar Shah Mohd Razali, FKP, 2010